Sunday, 13 October 2013

Hukum Hakam Insurans & Takaful

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:

                1. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
                
2. Mengandungi unsur judi.
                
3. Mengandungi muamalah riba.

Fatwa tersebut menyentuh pengharaman insurans konvensional. Tak tahu maksud insurans konvensional? Paling senang, apa sahaja insurans yang tiada perkataan Takaful adalah insurans konvensional. Tetapi, sekarang industri Takaful sedang berkembang pesat di Malaysia. Jadi kita sudah ada pilihan untuk memilih perlindungan yang berasaskan syariah.




RUJUKAN FATWA DAN CATATAN ILMIAH DISINI


TAKAFUL SEBAGAI PENYELESAIAN

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada  Insurans  Konvensional. Akad / Kontrak DERMA   (Tabarru’) menjadi teras utama  yang membina paksi Takaful. Dalam konteks Takaful setiap peserta  yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful  mestilah hadir dengan niat  yang  ikhlas ketika menderma bagi membantu sesama para peserta yang lain  jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka  ketika ditimpa kemalangan.

Pada kacamata seseorang yang bukan dari  bidang ini, dia akan melihat tiada perbezaan antara kedua-dua sistem  tersebut.
Selepas diteliti, pada  asasnya perbezaannya hanyalah satu,  iaitu sistem takaful berlandaskan  prinsip Syariah. Akan tetapi, jika  diselidiki lebih mendalam, ternyata  ada banyak perbezaan antara dua  sistem ini. Perbezaan-perbezaan ini  boleh dikategorikan seperti  berikut:
Perlu diingatkan bahawa ada perbezaan business model  yang digunapakai oleh pengendali takaful di Malaysia kini. Dua  model   yang dikenali ialah  ‘Model Mudharabah’  atau profit/surplus sharing dan  ‘Model Wakalah’ atau agency. Pengendali yang  menggunakan model  mudharabah tidak memerlukan perkhidmatan ejen atau wakil  untuk menjual  produknya, tetapi menggunakan  kakitangan syarikat untuk memasarkan  produk-produknya. Model wakalah menggunakan perkhidmatan ejen atau  wakil  takaful untuk memasarkan  produk-produknya. Terpulanglah kepada pelanggan untuk memilih produk atau  syarikat yang disenangi.
 

TANGGUNGJAWAB
Seorang anak sudah pasti bertanggung jawab kepada ibubapanya, seorang suami kepada isterinya dan sebaliknya juga, serta seorang ayah@ibu bertanggung jawab terhadap anak-anaknya. Selaku manusia yang bertanggung jawab sudah pasti kita akan cuba sedaya upaya memenuhi tuntutan tanggungjawab kita yang terbaik.
BEKERJA SENDIRI @ BEKERJA DENGAN MAJIKAN 
Tidak kisahlah yang mana satu...yang penting ianya salah satu usaha kita bagi memastikan kita dapat memenuhi tuntutan tanggungjawab kita. Sama ada pekerjaan itu dalam bidang perniagaan, pertanian atau industri, yang penting kerja tersebut dapat menghasilkan pendapatan  halal untuk dinafkahkan kepada yang berkaitan....

BAGAIMANA PENDAPATAN KITA DIBELANJAKAN

Ini mungkin di antara contoh aliran pendapatan anda yang anda agihkan setiap bulan. RUTINNYA pada setiap bulan agihan ini akan dibuat dan mungkin ada pertambahan/pengurangan bergantung kepada keperluan semasa… 

Persoalannya? Selama mana ANDA mampu melakukan agihan sebegini?

 selagi MASIH HIDUP......dan MAMPU BEKERJA!!!


" Dalam Kehidupan Seorang Insan Sudah Pastinya
Beliau Akan Di Timpa Hujan"


MUSIBAH KEMALANGAN, KEMATIAN & CACAT SEUMUR HIDUP


Bagaimana jika ditakdirkan kita ditimpa musibah seperti kemalangan jalanraya yang menyebabkan kematian, atau mengakibatkan kita mengalami lumpuh@cacat seumur hidup?...

Apa agaknya yang akan terjadi pada pendapatan keluarga kita? Adakah berada di situasi yang sukar atau langsung tidak terjejas?

MUSIBAH PENYAKIT

Kita diuji oleh Allah SWT dengan Penyakit-Penyakit Kritikal seperti penyakit buah pinggang, penyakit jantung, kanser dan lain-lain yang memerlukan rawatan khusus dan belanja yang tinggi. Adakah situasi kewangan kita tidak tergugat? Bagaimana pula dengan prestasi kerja kita...? Adakah masih sama dengan situasi sewaktu kita sihat? Sama ada ianya berlaku kepada kita, pasangan kita, anak kita atau ibu bapa kita...yang pasti ianya akan mengganggu emosi dan kedudukan kewangan kita.
Picture
Tiada jaminan perlindungan kesihatan sepenuhnya untuk kakitangan kerajaan. Terpaksa juga menanggung kos rawatan yang tinggi
Picture
Terpaksa Menjual Aset Yang Dibeli Demi Memastikan Anak Dapat Dirawat
Picture
Terpaksa berhutang untuk rawatan penyakit
Picture
Rumahtangga runtuh akibat penyakit dan kos rawatan yang tinggi

Jika situasi di atas berlaku kepada kita...dan kita dan keluarga terpaksa meneruskan kehidupan 10 ke 15 tahun lagi...

        * Adakah kita masih mampu bekerja atau majikan ingin kita bekerja?
        * Adakah kita mempunyai simpanan yang mencukupi?
        * Apa yang akan terjadi kepada keluarga kita?
        * Bagaimana dengan simpanan untuk pendidikan anak-anak?
        * Bagaimana dengan sumbangan bulanan untuk ibu bapa?
        * Adakah isteri terpaksa membanting tulang mencari nafkah untuk keluarga?
        * Bagaimana dengan kos rawatan yang perlu ditanggung?
 

Tahukah Anda...ANDA dan Kelurga Memerlukan Jumlah Dana Sebesar ini... Bagi Memastikan Keluarga Anda & Anda dapat berada dalam kedudukan kewangan seperti hari ini dalam tempoh 20 tahun akan datang..Jika sesuatu MUSIBAH berlaku kepada anda

Jika perbelanjaan ANDA  RM 2,000 sebulan, maka RM2,000 x 12 bulan x 20 tahun = RM 480,000 
Jika perbelanjaan ANDA RM 5,000 sebulan, maka RM5,000 x 12 bulan x 20  tahun = RM  1,200,000 
ADAKAH ANDA TELAH MEMPUNYAI DANA SEBANYAK INI???

 *
Pengiraan di atas belum dimasukkan faktor inflasi. Jadi jom mulakan SIMPANAN secara BERDISIPLIN DENGAN AKAUN ISTIMEWA DAN UNIK dari kami sekarang. " Sambil Menyimpan Sambil Berlindung"

TAHUKAH ANDA, MELALUI SIMPANAN DI TAKAFUL, ANDA TELAH MENYEDIAKAN SEJUMLAH DANA KEWANGAN KEPADA KELUARGA ANDA SEKIRANYA SESUATU BERLAKU KEPADA ANDA