Persidangan
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah
membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa
insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat
insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah
yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam
iaitu:
1. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
2. Mengandungi unsur judi.
3. Mengandungi muamalah riba.
Fatwa tersebut menyentuh pengharaman
insurans konvensional. Tak tahu maksud insurans konvensional? Paling
senang, apa sahaja insurans yang tiada perkataan Takaful adalah insurans
konvensional.
Tetapi, sekarang industri Takaful
sedang berkembang pesat di Malaysia. Jadi kita sudah ada pilihan untuk
memilih perlindungan yang berasaskan syariah.
RUJUKAN FATWA DAN CATATAN ILMIAH DISINI
Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Akad / Kontrak DERMA (Tabarru’) menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Dalam konteks Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas ketika menderma bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa kemalangan.
Pada kacamata seseorang yang bukan dari bidang ini, dia akan melihat tiada perbezaan antara kedua-dua sistem tersebut.
Selepas diteliti, pada asasnya perbezaannya hanyalah satu, iaitu sistem takaful berlandaskan prinsip Syariah. Akan tetapi, jika diselidiki lebih mendalam, ternyata ada banyak perbezaan antara dua sistem ini. Perbezaan-perbezaan ini boleh dikategorikan seperti berikut:
0 comments:
Post a Comment